Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
Sunday, December 6, 2009
Jodoh Itu Ketentuan Tuhan
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Friday, October 9, 2009
Wishing for the best
Hepi Besday to kak la... i wish u all d best in the world. Anje harap kak la dapat sume yang best best. Hidup yang best, kawan yang best, pakwe yang best dan semua la yang best. Luv u alwizzzzz. Sori coz curik gamba dari blog kak la...hehe...Peace"It's amazing when strangers become friends, but its sad when friends become strangers. I never want to lose u as a friend! "
Saturday, October 3, 2009
Raye Punyer Ceghite...ate...


Monday, September 14, 2009
Tuesday, September 8, 2009
Thursday, August 13, 2009
Birthday datang lagi…..
Nevertheless, I hv to accept the fact…seseorang ade berkate “Birthday is just a birthday, forget about what it counts, but care about what you’ve achieved so far”.
I already achieved a lots….so, move on and ENJOYYYYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Semalam dah dapat early present from kekawan aku kat Maybank ni…diorang belanje makan Kenny Rogers..So, kenkawan aku yang lain ( papet,cmex,kak la, niza, cuna…sekadar menyebut beberapa name) ble lg???? heheh….
Hari ni plak dapat besday gift dari dayah…tgk la gamba2 kat bawah ni…cute tak???
Thanks dayah…………..love u….
Wednesday, July 22, 2009
Weekend : Balik Kampung…
Weekend lepas aku balik kampong. Siap ambik cuti ari jumaat and isnin. Kunun2 nyer nak start kemas rumah utk raye. So nanti raye takdelah teruk sangat nak kemas rumah. Tapi…kite hanya merancang , Allah S.W.T yang menentukan…..
Jejak kaki je kat kampong terus demam….ape pun takleh wat…dengan tekak sakitnye…sedih..sedih…plan nak pi Telok Batik ngan Famili pun tak jadi….huhu…
So, aku demam dari jumaat sampai le isnin…duduk la memerap n berehat kat umah..seb baik bukan HINI…coz dalam bas yang aku naik tu mmg ade 3 ekor mat salleh…nak balik KL isnin tu baru le ok skit…Alhamdulillah…


