Friday, December 24, 2010

Good Bye 2010 Welcome 2011

Tup tap tup tap...tak sedar tahun 2010 dah habis dan 2011 telah pun memulakan perjalanannye...sepanjang tahun 2010 ade la berape kerat aku meng update blog ni..sumenye di atas kekurangan rajin dan kelebihan malas..hehe..macam sekejap je waktu berlalu..banyak jugak bende yang berlaku tahun 2010 ni...dari segi pekerjaan, percintaan..hehe ade ke?, persahabatan, keluarga...ade turun ade naik..ade positif dan ade negatif...semue tu rencah dalam kehidupan ...
Tapi aku bersyukur sangat2 sebab sepanjang tahun 2010 ni..aku tak diuji dengan ujian yang maha hebat..semua perkara yang berlaku ade sebabnye dan ade hikmah disebaliknye..Alhamdulillah...family sentiase memahami, sahabat2 sentiase memberi sokongan, cume tinggal takde insan yang tersayang jer..hehe...
Untuk tahun 2011 ni aku berazam nak jadik insan yang lebih baik, umat yang lebih baik, anak yang lebih baik, adik yang lebih baik, sahabat yang lebih baik, pekerja yang lebih baik, memiliki kesihatan yang lebih baik, cume tahun depan taknak berat lebih baik..nak berat yang lebih kurang..nak turunkan 10 kilo..hehe..boleh ke..insyaAllah..dan membaiki ape2 yang rasenye tak bagus...insyaAllah...

Monday, July 5, 2010

ThE CoLouRs oF My LiFE..Ku ADa kAmU..

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman

Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Seandainya hari esok runtuhnya langit dijunjung
Tabahlah menjunjung bersamaku
Seandainya hari esok dunia dilanda gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

Especially untuk MAK+ABAH..

also untuk untuk sume kawan-kawanku yang yang setia dari dulu sampai sekarang..tahan ngan kerenah aku yang giler dan tak menentu ni..anda tau siape anda...

Nota Mulut : Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Thursday, May 27, 2010

Hanya Tuhan Yang Tahu

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini,Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini, Aku rindu padamu
Tulus sanubari Menantikan hadirmu
Hanyalah kau jejaka pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Monday, May 24, 2010

Gamba Aiman



anak buah ku yang cute

ari ahad ari tue pegi tengok anak sedara aku yang tak berape sihat kat wad..sian sangat ngan die..kecik2 dah sakit..Mohd Aiman Haiqal..uchu sayang aiman...

Tuesday, March 2, 2010

Setelah sekian lame...

Assalamualaikum sume...lame
dah aku tak jengok blog ni..maklum la sebuk..banyak je cite nak kongsi cume tak reti nak susun ayat..dalm beberape bulan yg lepas, life cam besa jer..cume bulan ni aku mengambil keputusan nak beli sesuatu yang akan merubah hidup aku..yang akan merubah cara aku berbelanja...yang akan mengajar aku erti tanggungjawab dan komitmen yang sebelum ni aku tak ambik pusing langsung...harap2 sume berjalan dengan lancar dan seperti yg dirancang kan..AMINNNN...

Sunday, December 6, 2009

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.