Saturday, November 19, 2011

Aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Reff:
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a... a... aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan ai... ai... aishiteru
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/z/zivilia/aishiteru.html ]
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus
Bertahan saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Ulang Reff

Saat kusendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah jalani
Kenyataan hidup tanpa ghairah
Ou... o
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimi ga tauku ni itemo
Ki no omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteruyo,
Shinjiteruyo...


Monday, October 24, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Kekuatan Doa Semasa Diet

“Ustaz, apakah doa yang ustaz baca apabila rasa tersangat lapar sepanjang program diet ini?” tanya doktor kepada saya.

Termenung seketika.

Alhamdulillah sepanjang empat bulan saya mengusahakan perubahan diri, saya tidak pernah menjadi terlalu lapar.

Namun sesekali, memang terasa rindu pengalaman mengunyah nasi, biar pun rasa nasi sudah tidak sesedap dulu.

Tetapi apabila dikenang, memang benar. Perubahan fizikal juga berdepan dengan tuntutan istiqamah. Seperti yang saya sebutkan di dalam Seminar Transformasi Ramadan baru-baru ini, bahawa Taqwa memberi kesan kepada keseluruhan aspek hidup kita.

  • Kesan Taqwa ke atas fizikal
  • Kesan Taqwa ke atas intelektual
  • Kesan Taqwa ke atas emosional
  • Kesan Taqwa ke atas spiritual

Dan sudah tentu, spiritual itu tunjang segala-galanya.

Kekuatan spiritual adalah kekuatan paling besar dan paling diperlukan untuk mengukuhkan azam melakukan perubahan.

Teringat kenangan semasa menaiki pesawat Emirates ke Dubai beberapa bulan yang lalu. Pesawat yang kosong, memberi ruang kepada saya untuk ‘menyendiri’ di sepanjang perjalanan. Dua kerusi di kiri dan kanan kosong. Tatkala hidangan makan malam dihidang, saya diuji dengan Nasi Briyani ayam, kek span cokelat dan pelbagai makanan, semasa saya memang kelaparan. Ketika itu, boleh sahaja saya makan. Apalah sangat ‘tipu sehari’, esok kembalilah ke diet. Lagi pun bukan ada sesiapa yang nampak. Tiada siapa yang kenal saya.

Ketika itu fizikal kita menyuruh makan. Intelektual memproses ilmu untuk mencipta alasan mengharuskan. Emosional membuak menyuruh makan. Yang tinggal hanya spiritual. Kerohanian diri yang memberitahu, perubahan yang kulakukan bukan untuk sesiapa melainkan untuk diri sendiri. Hormatilah pandangan diri terhadap diri sendiri. Dan kehormatan itu benar-benar menjadi sesuatu yang kukuh, apabila Allah kita sedari bahawa Dia menjadi saksi.

Bukan hanya Allah sebagai saksi, malah Allah yang Maha Pengasih itu memberikan kepada diri ini tubuh badan yang sejahtera, bukankah menjaga dan memeliharanya adalah manifestasi SYUKUR yang besar.

Keresahan malam itu terubat dengan sepotong doa yang saya ulang-ulang sepanjang masa:

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” [Aal ‘Imraan 3: 8]

Rahmat Allah itulah limpahan tenang di dalam hati.

Mintalah ia setiap hari, daripada Tuhan yang Maha Memberi.

Perubahan ini tiada jalan pulang.

Di persimpangan antara hidup dan mati, pilihlah banyak jalan yang membawa kepada kehidupan, agar tinggi harga sebuah kematian, suatu hari nanti.

Petikan dari : www.saifulislam.com

Thursday, April 21, 2011

Tips Mencari Jodoh

Seseorang send this article to me..so saje nak share2 ngan sume dan peringatan untuk diri sendiri gak...
-Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya…..( Sape je yang dekat ngan aku nih..hehe)
-Jodoh itu ketentuan ALLAH dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyaallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
-Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh. -Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
-Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan negatif terhadap semua orang di dunia ini.
-Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
-Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
-Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
-Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
-Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
-Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Jesteru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
-Kita bole berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran secara berterusan hingga berjaya.
-Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
-Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
-Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
-Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
-Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
-Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
-Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
-Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple,tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
-Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
-Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.-Seyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap perempuan.
-Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
-Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sifat dan sifat yang saling mengimbagi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
-Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
-Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.-Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
-Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
-Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
-Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa-.sama² gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.Duan insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan-tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
-Kenal pasti ciri² yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri² yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri² di dalam anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri² tersebut.
-Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerena wajah, harta, keturunan atau glamornya.-Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangat dan pupuk keyakinan dirinya.
-Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjuahkan diri daripada kita.Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
-Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
-Kenal pasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji, cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
-Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
-Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. dia akan rasa dihargai.
-Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.-Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
-Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
-Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman-bersopan santun, suka membantu, menghormati wanit, berani dan yakin diri.-Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
-Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahimi emosi, timbang rasa dan gunakan gerak batin.
-Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi jangan terlalu bijak.
-Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohab lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
-Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
-Jika orang lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
-Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Thursday, April 7, 2011

April - Month of D.I.E.T


DIET=RIGHT BALANCE


DIET= VEGGIES


DIET= LOSE WEIGHT

Yes..........

and i am exhausted


but i will be strong...


and achieve my target...


AMINNNNNNN.....

Saturday, February 26, 2011

Resipi Kuah Rojak

Bahan2 :
Kicap sebotol (Gune cap Kipas Udang)
Sos Tomato Sebotol (ape2 brand pun buleh)
Gula sepeket
Belacan ( peket kecik harge 50 sen)
Serbuk cili ( peket kecik)
Air ( secawan lebih sikit)
Kacang & Bijan

Cara2 memasak :

Kisarkan belacan, serbuk cili dan air. Masukkan semua bahan didalam periuk dan kacau sehingga mendidih dan pekat.
Senang sangat kan nak buatnye. Konpem sedap dan menjilat jari.
Sekali masak boleh dapat sebekas plastik besar cam dalam gambar ni.
Selamat mencuba!!!!!

Sangat sedap dimakan bersama buah buahan...




Cahaya Kasih Charity Sales

Cahaya Kasih Charity Sales datang lagi. This time aku plak yang jadik representative dari RDMS. So, kene la memerahkan otak ni nk pk ape bende yang boleh dijual dan menguntungkan. Lagi banyak untung, lagi banyak boleh bagi kat charity. Sepatutnye benda ni di pk oleh 2 orang. Tapi yang lagi sorang ni wat dek je dan lepas sume keje ni kat aku. Quite bengang gak la, bukan quite tapi sangat bengang kut, tapi takpe la, aku wat sume ni lillahi taala. Semoga ade hikmah disebaliknye.
Last last, decide nak jual kek coklat, kerepek n rojak buah. Kek coklat n kerepek ambik kat pakcik BTS. Murah dan sedap. So memang boleh wat untung. Untuk rojak buah plak, aku gune kuah rojak mak aku dari kampung. Memang terbaik la. Licin dan licau. Sume orang pun puji. Siap ade pelanggan yang mintak resipi.
First day jualan memang memberasangkan. Kek coklat n rojak buah licin. Kerepek pun tinggal 8 paket jer. Balik tu terus jer order lagi 40 biji kek coklat untuk second day jualan. Kuah rojak pun dah nak habis. So, terpakse la aku tepon mak dan mintak resipi. Seb baik kuah rojak yang aku wat same sedap ngan kuah rojak yang mak aku wat..hehehe..nnt aku share resipi...senang jer...Second day jualan pun licin and licau..overal kitorang dapat untung 740 hinggit. Alhamdullillah.

wif RDMS team


Barang2 untuk dijual : kek coklat, kerepek n rojak buah

Sunday, February 6, 2011

Trip to Singapore Part 2 - Universal Studio Singapore

Excited gile bile dah sampai USS. Bende wajib yang mesti buat adalah ambil gambar dengan Globe. Mase kitorang sampai tak ramai orang lagi..So, best la ambik gambar. kitorang beratur pun tak lame. Aku,hana n Seng pegi simpan barang locker..bapakkkk mahal l sewa locker die..20Dollar sehari..tapi nak wat camner..takkan nak bawak sume beg2 tu berjalan..tak larat aku..kitorang pun share satu locker besar tige orang..okla dalam 7 dollar sorang..
Masuk je dalam USS sume orang sepakat, kene breakfast dulu..perut dah berkeroncong..carik2 punye carik jumpe la satu kedai burger yang halal..best gak burger2 kat sini tapi mahal2 belaka..harge set utk burger aku 12.80 Dollar..tu klu convert gi duit Malaysia mau nak dekat 30 inggit..ishh ishhhh…tapi burger die mmg sedap dan besar..memang boleh tahan sampai malam la…kitorang makan sambil diiringi persembahan nyanyian..memng syiokk la..Abis je breakfast kitorang pun memulakan tour dalam USS. Tengok jela gambar2 ni yang kitorang ambiksepanjang dalam USS. Banyak gamba tak dapat ambik sebab bateri abes dan hujan lebat..huhu..Kitorang start ngan Hollywood. First show tengok Light,Camera, Action by Steven Spielberg. Memang sangat best. Macam real je die wat Ribut taufan. Gempak la..



















Tuesday, February 1, 2011

Trip to Singapore Part 1 – BTS to Changi Airport

Percutian pertama ke luar negara. ececehh macam jauh sangat..Singapore je kut..tapi tetap excited..hehe..malam tu dah siap2 packing barang2 yang nak dibawa pegi sane..flight kul 6 pagi..semua dinasihatkan utk tido awal..takut nnt tak terbangun sebab nak tolak dari BTS kul 4..

Bangun korang, dah pukul 4 ni. Suara Papet kejutkan kitorang. Aku pun terus bangun dan kejut yang lain. Permulaan yang kurang baik. Kitorang bangun lewat.Tu la, sape suruh tido lewat malam tu..hehe. Rancangan untuk membawa bekal sandwich ke Singapore pun tak menjadi..hehe. Sedangkan malam tu dah semangat rebus telur konon nak wat pagi2..yang adooo…Kitorang sume bersiap sangat cepat. Tepon Fatma, rupenye die pun baru bangun..apelagi minah tu terus kelam kabut bersiap..die tak tahu kitorang pun bangun lambat gak..hehe
Thanks to Cik Papet n Dia Shila kitorang sempat catch flight walaupun dah last call. Perjalanan dari KL to Singapore tak sampai sejam pun. Tapi aku n Seng sempat pesan air milo n coffee sebab perut nak alas perut. Niat dihati nak makan Nasi lemak dalam flight, tapi FA tu cakap perjalanan singkat takde serve makanan..haha..sabor jela…


Sampai je kat Terminal 1,Changi Airport terus carik bilik air. Risau je sume toilet kat sane takde air tapi kitorg jumpe gak toilet yang ade paip air. Fuhhh lega kate seng..sempat gak la die membuang kat situ..hehe..Sebab tandas yang ade air just ade satu, lame gak la kitorang kat tandas tu..keluar tandas jer terus cari surau..nak semayang Subuh.Carik punye carik tak jumpe gak. Tanye kat orang imigresen die boleh kate tak pasti..Helloo..nampak sgt la ko tak semayang k..takpela..lantak ko la..dah cop kastam kitorg pun teruskan misi mencari surau. Tanye la sorang makcik ni, seb baik die tau. Rupenye surau hanye ade kat dalam..which mean before imigresen tadi..So, melayangla Subuh kitorang..dan niat kitorang akan solat di Universal Studio dan mag’qado’kan subuh kitorang..nak wat camne bukan kitorang sengaja pun..



Daripada airport ke MRT kene naik skyline..sempat gak la kitorang bergambar dalam airport..Seb baik dah dapat consultation daripada Vernon. Kitorang pun jalan dengan confident jer. Sampai MRT terus beli tiket ke Pearl Harbour..eh eh silap daa…Herbal Front. Perjalanan naik MRT ke Herbal Front dalam 45minit gak la. Pastu kene tukar2 train tapi within stesyen je..so ok la.Sampai je ke Vivocity, kitorang pun, nak naik Monorail gi Universal Studio Singapore(USS) sebab Vernon cakap free of charge. Bile kitorang sampaii rupenye kene bayar gak..3 dollar..bolehla..asalkan sampai..satu stesyen je kitorang dah sampai USS…yeayyyy!!!!!